Monday, July 16, 2012

Kerja Kursus Al-Firaq Al-Islamiyaah: Ajaran Sesat Bahai

Ajaran Sesat Bahai dan Pengasasnya




Ajaran Bahaiyyah atau juga disebut Babiyyah merupakan ajaran kebatinan campuran dari Islam, Yahudi, Nasrani, Buddha, Zoroaster, kebatinan dan lain-lainnya, disepakati ulama bahawa mereka sudah keluar dari Islam. Ajaran ini muncul di Iran pada awal abad 19 yang bersumber dari ajaran Syiah yang mengangungkan imam-imam mereka, bahawa mendapat wahyu, bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bukan penutup para nabi. Ajaran Bahaiyyah diambil dari orang Yahudi, sebagaimana kita tahu bahawa Yahudi menyusup ke dalam barisan Syiah semenjak ajaran ini muncul, dengan tegas membela dan mencintai ahlul bait, namun ingin menghancurkan Islam dari dalam.
Ajaran Bahaiyyah dipelopori oleh seorang yang bernama Ahmad Al-Ahsai yang aslinya adalah seorang Yahudi Inggeris yang tinggal di Iran. Lalu dikembangkan oleh Ali Muhammad atau Muhammad Ali As-Syirazi, yang sebenarnya termasuk dalam golongan Syiah Imam Dua Belas, lalu keluar dan membentuk mazhab sendiri dan mengaku sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemudian setelah itu mengaku kalau Allah telah menyatu dalam dirinya sehingga dia menjadi Tuhan Maha Suci Allah dari kedustaan yang dibuatnya.
Mirza Ali Muhammad yang diberi gelar Baba (Bapak) mulai dakwahnya tahun 1260 H (1844 M) di Syiraz iaitu Selatan Iran, yang katanya untuk memperbaiki keadaan  masyarakat saat itu. Kemudian mengaku menjadi utusan Allah dan membawa kitabnya Al-Bayan yang konon didalamnya syariat yang diturunkan Allah S.W.T. dan bahawa kerasulannya menghapus syariat Islam, dan membuat hukum-hukum bari bagi pengikutnya yang bertentangan dengan Islam seperti puasa hanya 19 hari dan menjadikan waktu istirahat yang disebut Hari Raya Nauruz.
Pengasas ajaran itu telah membuat satu muktamar di Badats di Iran tahun 1264 H (1848 M) menjelaskan tentang akidah kelompok ini dan  mengumumkan keluarnya dari Islam. Ajaran ini banyak ditentang ulama, bahkan mereka dikafirkan, namun setelah perang antara mereka dan kaum muslimin dia berjaya dikalahkan dan dihukum salib tahun 1265 H. Ajaran ini lebih sesat dari Qadiyani Mirza Ghulam Ahamd kerana juga mengingkari hari kiamat, syurga dan neraka dan menyerupai ajaran Brahmana dan Buddha, menggabungkan antara Yahudi, Nasrani dan Islam, ertinya menghapuskan perbezaan semua agama atau lebih dikenal sekarang dengan istilah Wihdatul Adyan.
Dan mereka melaksanakan haji ke UKA di Palestin, dimana markas mereka masih disana sampai sekarang menjadikan kiblat mereka ke UKA tempat dimana Baha atau khalifah mereka berada. Ajaran Bahaiyyah memiliki kitab sendiri yang disebut Al-Bayan dengan mengatakan bahawa kitab ini menghapus Al-Quran dan mengaku bahawa ini terdapat dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah:
çmyJ¯=tã tb$ut6ø9$# ÇÍÈ

Ertinya:  (Dia mengajarkannya Al-Bayan). (QS  Ar-Rahman : 4)

Yang dimaksudkan Al-Bayan adalah kitab yang dibawanya dan dia juga mengarang kitab lain yang berjudul  Al-Athrasy. Yang penting adalah mereka memiliki kesesatan yang banyak, dan berhasil menyebarkannya dan memiliki pengikut yang tidak sedikit ini kerana ajaran seperti ini tumbuh di Iran yang merupakan tempat yang subur bagi ajaran sesat seperti Ismailiyah dan Syiah yang merupakan pangkal ajaran sesat. Begitu pula ajaran ini didukung kekuatan penjajah. Iaitu yang tujuannya untuk membenarkan penjajahan mereka dan menghapuskan syariat jihad melawan penjajah seperti halnya Qadiyani. Setelah kematiannya, maka kepemimpinan  dilanjutkan oleh menterinya Baha Husain bin Mirza yang lahir di Iran tahun 1233 dan mati tahun 1309, lalu kelompok ini dikenal dengan Bahaiyyah dinisbatkan kepadanya.

Ciri-Ciri Kesesatannya




Dalam setiap ajaran sesat itu pasti ada sesuatu kesesatan atau perkara yang bercanggah dengan akidah Islam dan pandangan Alhi Sunnah Waljamaah. Di antara kesesatan yang berlaku dalam ajaran bahai ialah:
a)      Beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.
b)      Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai.
c)      Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa (kekal).
d)     Beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.
e)      Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib.
f)        Mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut.
g)      Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka.
h)      Memansuhkan agama Islam.
i)        Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru.
j)        Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atay diganti dengan bacaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali.
k)      Menghapuskan jihad.

Fatwa Pengharamannya


·         Akidah
Tarikh Keputusan: 
 1 Jun, 2003
Keputusan: 
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut :-
A. Bahawa Ajaran Bahai adalah ajaran sesat. Umat Islam yang terlibat dengannya boleh membawa kepada murtad. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.
B. Pengharaman ini meliputi:
i. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah.
ii. Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di (A) di atas.
Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Ajaran Bahai, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.
Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Bahai dengan ajaran Islam."
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 11 Dec, 2003
Nombor Rujukan: 
 No.JPBN:308/6
Akta/Enakmen: 
 No. 1,037


*Diharap segala yang dipaparkan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Maaf atas kesilapan yang dilakukan kerana sesungguhnya diri ini masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Salam Ukhuwah ^_^