Saturday, October 30, 2010

Rahsia Solat


Rahsia Solat

Assalamua'laikum wbt

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

  • Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  • Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  • Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  • Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  • Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  • I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
  • Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM.
  • Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
  • Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
  • Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.
  • Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  • Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  • Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!! Wassalam

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati
oleh : Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


  • Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

  • Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

  • Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

  • Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

  • Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

  • Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

  • Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
  • Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

  • Kekalkan wuduk

  • Bersedekah

  • Belanja orang makan.

  • Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

  • Berkawan dengan ulama

  • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

  • Pesan pada orang, jadi baik

  • Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.



RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
Salam Ukhuwah

Siapakah Si Dia?

Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya
bermain lidah Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah
bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi.

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya, Bersyukurlah atas apa yg ada Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,

Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

Saturday, October 23, 2010

Surah Al-Ikhlas

Kelebihan surah Al-Ikhlas

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"




Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian
bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.
Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah

salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana
salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu
kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah
bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat
yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:


Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.



Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jar
iahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3)
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sekian, syukran. Salam Ukhuwah.

Thursday, October 21, 2010

Perkongsian Pandangan

FAKTOR PENENTU KEJAYAAN DALAM PELAJARAN


Disiplin Diri

  • Imej diri
  • Pengurusan masa
  • Pembahagian tugas
  • Menjaga akhlak
  • Menjaga solat fardhu



Bergantung Kepada IQ

  • Tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

  • Membuat latihan untuk setiap matapelajaran yang dipelajari secara sistematik

  • Selalu mengulangkaji pelajaran secara berkala

  • Mengadakan ‘study group’ bersama rakan-rakan




Keazaman Yang Tinggi Untuk Berjaya

  • Berminat dengan matapelajaran / guru

  • Bertanya kepada guru atau rakan tentang matapelajaran yang tidak difahami

  • Mengadakan perbincangan dengan guru dan rakan tentang permasalahan dalam pelajaran

  • Menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh guru matapelajaran

  • Menghadiri kelas tusyen di luar waktu persekolahan

  • Sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan ibu dan bapa

  • Apakah sumbangan anda kepada diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan guru?





Doa dan Tawakal

  • Membaca doa sebelum menuntut ilmu

  • Mendapatkan restu dari ibu bapa dan guru
  • Meminta maaf terhadap sesama manusia

  • Berdoa memohon redha dan rahmat Ilahi

  • Berdoa dipermudahkan memperoleh ilmu

  • Tawakal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh



Wednesday, October 20, 2010

Renungan Bersama

Assalamualaikum wbt

Manfaat dari ber"couple"?

Apakah perkara yang bermanfaat tentang perkara couple ni !!!!

1) Seronok (dapat fitnah)
2) Seronok (dapat dosa)
3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)
4) Dapat meluahkan segala masalah (Allah kan ada)
5) Banyak habis duit (lebih baik digunakan untuk sedekah)
6) Banyak risau (takut awek orang lain kebas...berapa kali dok asyik berdating tak risau pulak dosa)
7) Banyak termenung dan senyum sendiri pasal ingat peristiwa yang riang dengan
awek (kita sebagai muslim sepatutnya mengingati MATI yang boleh datang bila-bila masa)
8) Lebih mengutamakan awek daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri,dia dan awek dia….lain dah x kisah.. Allah? Rasul? Ibu Bapa?)
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah atau sakit hati…sembahyang fardhu lewat x takut plak)
10) Buang masa (asyik dok ber'sms' dengan awek.. smpaikan boleh lupa tanggungjawab sebagai muslim iaitu menunaikan solat)
11) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham dosa daripada saham pahala





Inikah manfaat tentang "couple"?
Fikir-fikirkanlah...


Salam Ukhuwah