Sunday, March 11, 2012

Pendapat Ulama' Tentang Definisi Dakwah








DEFINISI DAKWAH



Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung. Dalam tafsiran mengikut ahli dakwah, perkataan tersebut mempunyai peristilahan dan maknanya yang tersendiri.


Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.


Dalam pengertian mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghamabaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.

Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.

Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.


Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.





Daripada penerangan atau pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa tokoh di atas, boleh dibuat satu kesimpulan bahawa dakwah itu merupakan satu usaha seseorang atau berkumpulan untuk menyeru manusia dengan menggunakan beberapa pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah.



Ia bukanlah satu yang berat, kerana nasihat yang itu juga merukan satu dakwah. Apabila seseorang itu terus merasakan diri masih tidak sempurna untuk memberi nasihat atau menyeru kepada kebaikan, sememangnya manusia ini semuanya tidak ada yang sempurna. Tetapi kita perlu ingat bahawa kita berilmu, ilmu itulah apabila diamal dan mengajak orang lain bersama-sama melakukannya ia merukan satu dakwah atau satu kebajikan kepada umat Islam (Ilmu yang baik). Dalil dalam al-Quran dalam surah al-Nahl, ayat 125 yang bermaksud:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

(surah al-Nahl: 125)



Nasihat Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu :)




Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau)

tentang buruknya hafalanku

Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat

Dan berkata,

‘ Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

Beliau Berkata :

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.

Sebut sahaja kisah peradaban Islam zaman silam, pasti ramai yang merinduinya, kehebatan kerajaan khilafah yang pernah menguasai sepertiga dunia, suatu masa lampau. Apakah tips dan resipi kejayaan zaman itu?

Segalanya perlu bermula dengan kehebatan dan keagungan ilmu pengetahuan. Turunnya wahyu pertama kepada baginda nabi, sudah menjelaskan betapa pentingnya menuntut ilmu.

sabar